PABM Cari Dana Sendiri Mulai Tahun Depan

Diterbitkan: Rabu, 15 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) bercadang mencari dana tambahan sendiri bagi menampung kos latihan dan penghantaran atlet ke luar negara mulai tahun depan.

Presidennya Zafarul Akhbar Kassim berkata usaha tersebut dibuat bagi mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada peruntukan yang disalurkan kerajaan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN).

"Ini tidak bermakna PABM menolak bantuan yang diberikan kerajaan kerana kita amat memerlukan bantuan tersebut bagi menampung kos program tahunan dalam kalendar persatuan.

"Kita perlu mencari dana tambahan sendiri bagi memperhebatkan lagi program pembangunan sedia ada," katanya.

Zafarul Akhbar berkata dibandingkan dengan negara maju, persatuan sukan mereka mampu bergerak sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kewangan daripada kerajaan.

Menyedari perkara tersebut, beliau berkata PABM berazam mencari dana tambahan sendiri namun ia tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana memerlukan perancangan rapi.

"Untuk melahirkan atlet bertaraf dunia, kita perlu kerap menghantar atlet ke luar negara sama ada untuk latihan atau menyertai kejohanan bertaraf dunia bagi membina kematangan diri," katanya.

Beliau berkata usaha itu dimulakan PABM bagi menyahut seruan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang meminta semua persatuan sukan cuba mengurangkan kebergantungan bantuan dana daripada kerajaan semata-mata.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan