MPM Mahu Skuad Paralimpik Malaysia Cemerlang Di London

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mahu atlet paralimpik negara menjadikan Malaysia antara negara Asia yang cemerlang pada temasya Sukan Paralimpik London 2012, bermula 29 Ogos ini.

Justeru itu, presidennya Datuk Zainal Abul Zarin berharap semua atlet negara di Sukan London itu berjaya mara ke peringkat akhir dalam acara masing-masing.

Beliau percaya prestasi cemerlang di Sukan Paralimpik London akan membakar semangat atlet negara untuk lebih berkompetitif pada Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

"Sasaran saya adalah untuk lihat atlet negara cemerlang di Sukan Para Asia 2014 dan selepas itu, kita akan lihat siapa prospek atlet pingat emas untuk temasya Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil," katanya.

Katanya 20 daripada 23 atlet negara ke Sukan Paralimpik London layak secara merit selepas memberikan aksi yang cemerlang pada Sukan Para Asia 2010 di Guangzahou, China.

"Layak secara merit ke temasya Paralimpik, sudah satu kejayaan dan bukti bahawa prestasi atlet sudah mula meningkat. Kebanyakan mereka masih muda dan berpeluang cerah untuk meraih pingat pada temasya Paralimpik edisi 2016," katanya.

Seramai 23 atlet negara akan menggalas cabaran Malaysia di London iaitu seorang atlet lawan pedang, memanah (3), olahraga (8), berbasikal (2), powerlifiting (3), pelayaran (2), renang (2) dan dua pemain ping pong.

Temasya Paralimpik London akan berakhir 9 Sept ini.

Atlet olahraga tersebut ialah Mohd Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20), Faridul Masri (merejam lembing F56), Eryanto Bahtiar (lompat kijang dan lompat jauh F46), Mohd Saifuddin Ishak (lompat jauh F13), Aderin Majurin (lempar cakera dan merejam lembing F33), Nursuhana Ramlan (lontar peluru F20), Nor Syazwani Abdullah (100m & 200m T38) dan K. Hemala Devi (lontar peluru dan lempar cakera F12).

Selain itu, Abdul Rahman Razali (lawan pedang), Zul Amirul Sidi Abdullah dan Jamery Siga (renang), Siow Lee Chan, Sharifah Raudzhah Syed Akil, dan P. Mariappan (powerlifting), Mohamad Azwar Bakar dan Kok Zhi Liang (ping pong), Nurul Amilin Balawi dan Al Mustakim Matrin (pelayaran), Zulkifli Mat Zin, Mohd Zafi Rahman Mat Salleh, Hasihin Sanawi (memanah) dan Mohd Khairul Hazwan Wahab dan Khairul Naim Azhar (berbasikal).

Kesemua atlet itu akan berlepas ke London pada 21 Ogos ini.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan