Sukan Olimpik: Malaysia Di Tangga Ke-63 Dalam Carta Kutipan Pingat Olimpik 2012

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Malaysia berkongsi dengan lima negara lain untuk menduduki tangga ke-63 daripada 85 negara yang meraih pingat pada temasya Olimpik 2012 yang berakhir Ahad.

Malaysia bersama Bulgaria, Estonia, Indonesia, Puerto Rico dan Taiwan berkongsi tempat selepas kontinjen negara masing-masing meraih satu pingat perak dan satu gangsa.

Malaysia memperoleh perak melalui Datuk Lee Chong Wei yang tewas dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki kepada Lin Dan dari China sementara pingat gangsa diraih oleh Pandelela Rinong Anak Pamg dari acara akhir terjun 10m platform wanita.

Antara negara Asean, Thailand mendahului kutipan pingat dengan memperoleh dua perak dan satu gangsa untuk menduduki tangga ke-57 dalam jumlah kutipan pingat keseluruhan, diikuti Indonesia (63), Malaysia (63) dan Singapura (75).

Thailand memperoleh dua pingat perak, masing-masing menerusi Pongprayoon Kaeo dari acara tinju Lelaki Light Fly 49kg dan Pimsiri Sirikaew (angkat berat wanita 59kg) dan satu gangsa dari Chanatip Sonkham (taekwondo wanita 49kg).

Indonesia meraih kedua-dua pingatnya dari acara angkat berat, satu perak dari Yuli Irawan (lelaki 62kg) dan satu gangsa menerusi Triyatno (lelaki 69kg).

Singapura mendapat dua gangsa dari acara ping pong, menerusi Feng Tianwei (wanita individu) dan berpasukan wanita.

Pada edisi di Beijing 2008, Malaysia mendapat tempat ke-70 daripada 86 negara yang mendapat pingat, berkongsi dengan Chile, Ecuador, Iceland, Afrika Selatan, Singapura, Sudan dan Vietnam, selepas masing-masing hanya mendapat satu perak.

Pingat perak Malaysia dari edisi Beijing disumbangkan oleh Chong Wei yang tewas dalam badminton perseorangan lelaki akhir juga kepada Lin Dan dari China.

Amerika Syarikat muncul sebagai juara Olimpik 2012 dengan menggondol keseluruhan 46 emas, 29 perak dan 29 gangsa, sekaligus memperbaiki kedudukan selepas meraih tangga kedua pada edisi Beijing 2008 dengan kutipan 36 emas, 21 perak dan 28 gangsa.

China yang muncul juara keseluruhan pada temasya di negara sendiri, dengan 51 emas, 21 perak dan 28 gangsa, jatuh ke tempat kedua di London dengan mengutip 38 emas, 27 perak dan 22 gangsa.

Sementara tuan rumah Great Britain berpuashati di tempat ketiga di laman sendiri dengan kutipan 29 emas, 17 perak dan 19 gangsa selepas mendapat mendapat tempat keempat di Beijing dengan kutipan 19 emas, 13 perak dan 15 gangsa.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan