Misi Gagal Tapi Catat Rekod Baru Di London

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tun Ahmad Sarji (tengah) melihat pingat gangsa yang dimenangi Pandelela Rinong (kanan).
Turut kelihatan Atlet renang maraton 10 km, Heidi Gan.Foto: BERNAMA
Tun Ahmad Sarji (tengah) melihat pingat gangsa yang dimenangi Pandelela Rinong (kanan). Turut kelihatan Atlet renang maraton 10 km, Heidi Gan.Foto: BERNAMA

TAMATNYA temasya Sukan Olimpik 2012 di London pada Ahad, bermakna tamat juga impian untuk menyaksikan emas pertama negara ‘dilahirkan’ di England.

Impian untuk melihat emas pertama Olimpik dibawa balik sekali lagi gagal sejak Malaysia pertama kali menyertai Sukan Olimpik di Melbourne, Australia pada 1956.

Ia sekaligus menyaksikan tujuan utama program Road To London 2012 yang dilancarkan pada tahun 2009 gagal dalam misinya.

Pun begitu, biarpun gagal meraih emas, Malaysia tetap berbangga apabila turut berada dalam senarai kedudukan pingat di tempat ke-63 daripada 85 negara yang meraih pingat.

Dengan satu pingat perak yang disumbangkan oleh jaguh badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei dan, pingat gangsa daripada ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg sekurang-kurangnya kontinjen negara tidak kembali dengan tangan kosong, dan jumlah ini menyamai pencapaian Sukan Olimpik di Atlanta 1996.

Kejayaan Chong Wei meraih perak kali ini turut menyamai rekod empat tahun lalu yang mana beliau turut tewas kepada Lin Dan di pentas akhir yang berlangsung Beijing.

Acara badminton dan terjun sememangnya menjadi acara jangkauan emas oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) sebelum ini bersama dua lagi acara lain termasuk berbasikal dan memanah.

Dua pingat itu sekurang-kurangnya menjadi pengubat kepada seluruh peminat sukan tanah air yang sememangnya telah memberi sokongan penuh kepada pasukan Malaysia sepanjang Olimpik ini berlangsung.

Bagaimanapun kehadiran dua pingat itu, masih belum mampu mengatasi peruntukan besar lebih kurang RM20 juta, yang dilaburkan oleh kerajaan bagi persediaan Sukan Olimpik tahun ini.

Malah ia juga dianggap tidak berbaloi dengan pencapaian yang ditunjukkan di London.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sendiri mengakui secara asasnya Program Road To London gagal dicapai berdasarkan tiada kilauan emas.

Bagaimanapun Ahmad Shabery yang ditemui pemberita baru-baru ini memberitahu, pihaknya akan membuat post-mortem mengenai prestasi atlet negara di Sukan Olimpik London bagi memastikan perancangan yang lebih teliti dapat diadakan bagi menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Brazil.

Selain mengkaji peruntukan kewangan bagi program persediaan atlet, kementerian itu juga perlu mencari jalan dalam mempertingkatkan kemampuan atlet negara bertanding di peringkat antarabangsa.

"Kita tidak mahu empat tahun lagi, kita terpaksa berhadapan dengan suasana sama yang mana kita berharap untuk mendapat pingat emas, dan tiba-tiba rakyat dikecewakan lagi.

"Kita akan tengok perkara ini secara menyeluruh. Ada perkara yang berlaku daripada kesilapan kami (Kementerian), ada perkara yang perlu diubah dari segi pendekatan sukan itu sendiri dan ada perkara yang perlu diperbetulkan.

“Kita akan melihat adakah peruntukan dikeluarkan ini sangat berbaloi kerana ia adalah duit rakyat, kita akan tengok juga sama ada ia mencukupi atau terlalu lebih, sedangkan hasilnya tidak berkesan,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, kegagalan atlet Malaysia meraih pingat emas sehingga kini adalah tanggungjawab semua pihak termasuk beliau sendiri sebagai menteri, persatuan sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Dengan kegagalan ini ia bermakna, semua pihak perlu berganding bahu menilai kembali punca kegagalan misi ini dan sama-sama mula merencanakan program yang lebih baik.

Dan sudah pasti ia bukanlah masa yang sesuai untuk menunding jari ke mana-mana pihak di atas kegagalan ini, sebaliknya perlu mengakui kelemahan sendiri agar aksi Sukan Olimpik 2016 bukan hanya sekadar mimpi indah.

Kontinjen negara diketuai Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid bersama 30 atlet mewakili Malaysia dalam sembilan acara sukan iaitu memanah, olahraga, badminton, berbasikal, terjun, lawan pedang, belayar, menembak dan berenang.

Biarpun misi program dianggap gagal, Pandelela telah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya memecah dominasi pemenang pingat Sukan Olimpik dengan meraih gangsa baru-baru.

Jika sebelum ini hanya badminton sahaja yang menyumbang pingat, namun di London Pandelela telah mengubah sejarah itu dengan memenangi pingat pertama dalam acara terjun, malah menjadi atlet wanita pertama meraih pingat untuk Sukan Olimpik.

Pandelela juga turut membuktikan bahawa atlet Malaysia (selain badminton) mampu meraih pingat dan bersaing dengan atet terbaik dunia.

Ironinya, misi ke London dicop tidak berjaya, namun secara tidak langsung menjelaskan bahawa pencapaian kedudukan Malaysia tahun ini lebih baik berbanding aksi 2008 yang berada di tangga ke-71 keseluruhan.

Tags / Kata Kunci: Sukan Olimpik , London , Melbourne , Road To London

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan