Paralimpik: Atlet Elit Sertai Kem Latihan Akhir

Diterbitkan: Ahad, 12 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seramai 19 atlet elit paralimpik yang menggalas cabaran di temasya Sukan Paralimpik London 2012 menyertai kem latihan akhir bagi memantapkan lagi persediaan mental dan fizikal selama seminggu bermula Sabtu di Hotel Palm Garden IOI Resort di sini.

Pengarah Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara (MSN) Ahmad Shapawi Ismail berkata program latihan semua atlet berjalan lancar dan kesihatan atlet juga dalam keadaan baik.

"Dengan berbaki hanya dua minggu sebelum bertolak ke London, kita akan melakukan beberapa latihan simulasi bagi beberapa acara sukan, terutamanya memanah. Sebanyak empat daripada sembilan jenis sukan yang kita hantar dijadikan sandaran prospek pingat.

"Persediaan mental atlet perlu diberi perhatian untuk kali ini. Kita harap atlet paralimpik kali ini berjaya meraih pingat daripada sembilan sukan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kem latihan akhir Sukan Paralimpik London 2012 di sini Sabtu.

Ahmad Shapawi berkata empat jenis sukan yang menjadi sandaran prospek pingat adalah memanah, olahraga, powerlifting dan renang.

Seramai 20 daripada 23 atlet kelainan upaya yang akan ke London layak secara merit termasuk tujuh atlet olahraga iaitu Mohd Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20), Mohamad Saifuddin Ishak (lompat jauh F13), Eryanto Bahtiar (lompat kijang dan lompat jauh F46), Adderin Majurin (lempar cakera F33), Faridul Masri (lontar lembing F56) serta atlet wanita Nur Suhana Ramlan (lontar peluru F20) dan Hemala Devi Eni Kuty (lempar cakera dan lontar peluru F12).

Koh Zhi Liang (ping pong), P. Mariappan (powerlifting), Zul Amirul Sidi Abdullah dan Jamery Siga (renang), Abdul Rahman Razali (lawan pedang), Mohd Khairul Hazwan Wahab (berbasikal), Hasihin Sanawi, Zulkifli Mat Zin dan Mohd Zafi Rahman Mat Saleh (memanah) serta Al Mustakim Matrin dan Nurul Amilin Balawi (pelayaran).

"Kita harap atlet elit paralimpik kali ini mengambil pencapaian atlet Olimpik di London baru-baru ini sebagai pencetus semangat mereka untuk beraksi cemerlang dan mengharumkan nama negara," kata Ahmad Shapawi.

Kesemua atlet tersebut akan berlepas ke London pada 21 Ogos ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan