MGA Sasar Jadikan Malaysia Hab Sukan Golf Asia

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Golf Malaysia (MGA) mahu menjadikan Malaysia sebagai hab sukan berkenaan di Asia dan akan menganjurkan lebih banyak kejohanan golf bertaraf dunia di negara ini, kata presidennya Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Beliau berkata MGA juga telah memulakan rancangan menggiatkan program pembangunan akar umbi dalam kalangan pemain golf muda Malaysia bagi menyediakan mereka menghadapi kejohanan lebih besar apabila meningkat remaja.

Sebagai sebahagian usaha menjadikan Malaysia destinasi lebih dikenali dalam sukan golf, beliau berkata MGA akan menganjurkan Kejohanan Golf Kanak-Kanak Sedunia di Saujana Golf and Country Club, Subang serta Glenmarie Golf and Country Club di Shah Alam dari 2-7 Dis ini.

Beliau berkata kejohanan itu biasanya diadakan di Amerika Syarikat (AS) dan ini adalah kali pertama ia akan dianjurkan di luar dari negara berkenaan.

"Menerusi penganjuran Kejohanan Golf Kanak-Kanak Sedunia di Malaysia, ia akan memberi lebih peluang kepada pemain golf muda Malaysia bersaing dalam kejohanan bertaraf dunia dengan kos minimum berbanding kos tinggi yang perlu ditanggung jika mereka bertanding di luar negara," kata Mohd Anwar.

Kejohanan yang bakal menampilkan 480 pemain dari 66 buah negara termasuk 100 pemain dari Malaysia, akan bertanding dalam sembilan kategori umur iaitu 5-7, 8, 9, 10, 11, 12, 13-14, 15-16 dan 17-18 tahun.

Anwar berkata kejohanan seumpama itu biasanya menjadi landasan dalam melahirkan pemain-pemain terhebat dunia pada masa kini, antaranya Tiger Woods.

Beliau berkata Malaysia mempunyai beberapa padang golf terbaik di dunia dan ini akan membantu MGA memenuhi matlamat menjadikan negara ini sebagai hab golf terkenal di Asia, di samping mentransformasikan pelancongan golf Malaysia sebagai penyumbang ekonomi yang besar kepada negara.

Bagi melahirkan pemain golf muda menjadi pemain hebat dalam kejohanan-kejohanan utama pada masa depan, Anwar berkata MGA akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk memulakan program pembangunan bulan depan.

Sebagai permulaan, pemain golf dari tujuh buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Ampang, SMK Saujana Impian, SMK Sri Hartamas dan SMK St John, akan terlibat dalam program itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Golf Kanak-Kanak Sedunia 2012, Datuk Abdul Mohd Yunus berkata kejohanan itu juga akan menyaksikan ibu bapa akan menjadi kedi kepada anak masing-masing.

"Saya berharap lebih ramai ibu bapa akan membawa anak masing-masing menyaksikan kejohanan ini pada Disember dan menaikkan minat mereka untuk aktif dalam sukan golf," katanya.

Antara pemain muda Malaysia yang pernah menyertai kejohanan kategori umur seumpama itu di luar negara ialah Natasha Andrea Oon yang berusia 9 tahun.

Beliau memenangi Kejohanan Golf Remaja Dunia Callaway 2008 dan Kejohanan Golf Master Dunia TaylorMade 2009 di AS.

Paul San Weng Yau, 15, merupakan seorang lagi pemain golf muda Malaysia yang menyinar pada Kejohanan Golf Kanak-Kanak Sedunia AS di Pinehurst, North Carolina pada 2010.

Beliau menduduki tempat kedua dalam kategori bawah 13 tahun lelaki. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan