Sukan Olimpik: Pandalela Pecah Dominasi Badminton Sebagai Penyumbang Pingat

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Pandalela ketika membuat terjunan yang menyumbangkan pingat gangsa kepada negara
Aksi Pandalela ketika membuat terjunan yang menyumbangkan pingat gangsa kepada negara

LONDON: Ratu terjun kelahiran Sarawak, Pandelela Rinong tidak menghampakan sandaran yang diletakkan di atas bahunya apabila merangkul pingat gangsa dalam acara akhir 10m platform wanita pada Sukan Olimpik 2012, awal pagi ini.

Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu menceriakan kontinjen Malaysia, tiga hari sebelum temasya Sukan Olimpik melabuhkan tirainya, dengan menghadiahkan pingat kedua negara selepas sebutir perak oleh Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton, Ahad lalu.

Selepas wakil tunggal Heidi Gan memperoleh tempat ke-16 dalam acara renang maraton 10km laut terbuka di Tasik Serpentine di Hyde Park pada sebelah pagi, misi menambah pingat kedua tanpa mengira warna kelihatan mustahil.

Bagaimanapun, Pandelela, yang diberi tanggungjawab membawa bendera Jalur Gemilang pada perarakan kontinjen pada majlis perasmian Sukan Olimpik 2012, berjaya memecah kebuntuan memburu pingat kedua negara.

Dia mengumpul 359.20 mata untuk meraih gangsa di belakang pemenang pingat emas Chen Ruolin dari China dan pemenang pingat perak, Brittany Broben dari Australia.

Pencapaian Pandelela itu akhirnya memecah dominasi sukan badminton yang sebelum ini menyumbangkan dua pingat perak dan dua gangsa, sejak Malaysia pertama kali menyertai temasya sukan terbesar dunia, bermula di Melbourne pada 1956.

Kejayaan Pandelela ini juga, sehingga kini, menyamai pencapaian kontinjen negara daripada edisi 1996 Atlanta, Amerika Syarikat, yang membawa pulang satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

Esok, seorang lagi penerjun negara, Bryan Nickson Lomas, akan menggalas satu lagi tugas berat dalam menambah kutipan pingat apabila memulakan saingan dalam acara 10m platform lelaki. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan