Sikap Naim Harus Dicontohi - Jawatan Datang Bersama Pertanggungjawaban

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPUTUSAN Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) Datuk Naim Mohamad untuk melepaskan jawatannya selepas tamat penggal perkhidmatan 18 bulan dari sekarang wajar dicontohi.

Beliau bukan sahaja mengambil pertanggungjawaban penuh di atas kegagalan skuad lumba basikal kita meraih sebarang pingat di Sukan Olimpik London 2012 tetapi pada masa yang sama berpendapat, persatuan itu memerlukan muka baru dan pemikiran baru untuk memastikan Projek Rio (Sukan Olimpik 2016) membuahkan hasil.

Walaupun ramai yang melihat kejayaan Azizulhasni Awang menduduki kelompok enam pelumba terbaik dunia dalam acara keirin sebagai sesuatu yang harus dibanggakan tetapi bagi Naim itu adalah satu kegagalan bagi pihaknya.

Ini sekaligus membuktikan beliau tidak berkompromi dengan sasaran iaitu membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat dari temasya 2012.

Malah Naim berpendapat, mencari pengantinya bukanlah satu masalah besar dan tidak mahu itu dijadikan alasan untuk terus memujuknya supaya terus kekal dalam jawatan yang sama pada penggal akan datang.

Pemimpin sukan seperti Naim membuktikan bahawa jawatan datang bersama pertanggungjawaban. Jika tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu, adalah wajar ia diserahkan kepada mereka yang dirasakan boleh.

Sebelum ini pun Naim bukan sekadar memegang jawatan timbalan secara separuh masa tetapi beliau dilihat sebagai seorang yang menyandang jawatan itu sepenuh masa.

Beliau telah memberikan sepenuh tenaga dan jiwa raganya untuk menjadikan sukan lumba basikal negara bertaraf dunia.

Dari sudut itu, kita berasa ya, beliau telah berjaya melahirkan pelumba bertaraf dunia sama ada menerusi Azizulhasni mahupun Josiah Ng.

Tetapi untuk benar-benar mencapai taraf dunia, beliau merasakan, pelumba kita harus membawa pulang pingat.

Jika tidak di Olimpik, di mana lagi...

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan