Sukan Olimpik: Pandelela Hidupkan Peluang Malaysia Raih Pingat

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Ratu terjun negara Pandelela Rinong menghidupkan harapan Malaysia untuk terus memburu pingat kedua dari Sukan Olimpik 2012 selepas menduduki tangga kedua pada pusingan awal acara 10m platform individu wanita, awal Khamis.

Pandelela, yang beraksi dalam Olimpik keduanya selepas Beijing 2008, mengumpul 349.35 mata untuk berada di belakang pendahulu, Chen Ruolin dari China yang mengutip 392.35 mata.

Penerjun kelahiran Sarawak itu sepatutnya menduduki tangga pertama tetapi melakukan kesilapan pada terjunan ketiga dengan mendapat 52.80 mata tetapi menutup kutipan rendah itu dengan mengutip 81.60 mata pada terjunan keempat.

Seorang lagi penerjun negara Traisy Vivien Tukiet tidak bernasib baik dengan menduduki tangga ke-22 daripada 26 penerjun dan gagal ke separuh akhir.

Hanya 18 penerjun terbaik mara ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung, Khamis.

Namun berita yang memeranjatkan ialah hasrat Timbalan Presiden Persekutuan Berbasikal Malaysia, Datuk Naim Mohamad untuk meletak jawatannya berikutan kegagalan skuad berbasikal negara meraih pingat dari temasya ini.

Naim, yang juga pengurus pasukan berbasikal ke temasya ini, menyatakan beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan tersebut dan mahu memberi peluang kepada muka baharu untuk meneruskan misi mencari emas pertama Malaysia menerusi sukan berbasikal dari sukan Olimpik.

Pada Khamis, hari ke-13 temasya yang berlangsung secara rasmi pada 24 Julai dan akan menutup tirainya pada Ahad ini, dan hanya tiga atlet yang masih meneruskan cabaran Malaysia di temasya sukan terbesar dunia ini.

Pandelela akan beraksi dalam acara separuh akhir 10m platform wanita sementara perenang jarak jauh, Heidi Gan dalam acara renang marathon 10 kilometer.

Sementara Bryan Nickson Lomas akan memulakan cabaran dalam acara 10m platform lelaki pada Jumaat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan