KOTR: NPE Ditutup Secara Berperingkat Pada 9 September ini

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 48 laluan di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) akan ditutup secara berperingkat mulai pukul 3 pagi pada 9 September ini sempena Larian 'King Of The Road'(KOTR) 2012 yang dianjurkan oleh Adidas Malaysia.

Pengurus Kejuruteraan Dan Teknikal NPE, Mohamad Omar berkata, penutupan berperingkat akan bermula pukul 3 pagi dan penutupan penuh pada pukul 5 pagi sebelum dibuka semula sepenuhnya menjelang pukul 11 pagi pada hari berkenaan.

"Terdapat 48 lokasi utama yang akan ditutup secara berperingkat termasuk di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)16 lokasi, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 24 lokasi dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),8 lokasi.

"Laluan akan ditutup sepenuhnyabermula di bulatan Kewajipan Subang Jaya hingga ke NPE, Pantai Dalam dan laluan ke Kuala Lumpur.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Subang Jaya, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur akan turut bekerjasama pada hari tersebut bagi melancarkan larian KOTR ini," katanya pada sidang media, Rabu.

Dijangka lebih kurang 10,000 orang peserta bakal mengambil bahagian pada edisi ke-14 tahun ini yang telah mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja kepada peserta tempatan, malah turut menarik minat peserta luar negara.

Larian membabitkan kategori 16.8km dan 10km itu akan bermula dan berakhir di Pusat Membeli-Belah Sunyway Pyramid.

Selain Malaysia, larian KOTR Adidas itu turut diadakan di Thailand (29 Julai), Filipina (30 Sept), Indonesia (16 Sept) dan 28 Oktober di Singapura.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan