Khairulnizam Perlu Diberi Latihan Berprestasi Tinggi - MYA

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pelayar elit Khairulnizam Mohd Efendy perlu diberi pendedahan lebih luas termasuk menjalani latihan berprestasi tinggi untuk menghadapi Sukan Olimpik akan datang.

Pengurus Pasukan Perahu Layar ke Sukan Olimpik 2012 Mohd Efendy Abdullah berkata Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Sukan Negara untuk Khairulnizam menjalani latihan itu.

"Usianya yang masih muda memerlukan banyak pendedahan untuk memantapkan persediaannya menghadapi Sukan Olimpik 2016 di Brazil," katanya, di sini, Khamis.

Mohd Efendy yang juga Pengurus Besar MYA berharap kursus dan latihan berprestasi tinggi dapat meningkatkan kemahiran anaknya itu untuk menghadapi tiupan angin kencang dan teknik berlumba bagi menghadapi pertandingan masa akan datang.

Khairulnizam, 19, menduduki tangga ke-47 dari 49 pelayar yang mengambil bahagian dalam acara Laser Standard pada Sukan Olimpik 2012 di London.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan