97 Buah IPT Sah Sertai Temasya SUKIPT

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 97 institusi pengajian tinggi (IPT) telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT) yang akan berlangsung dari 28 Oktober hingga 8 November depan.

Penyelaras Media Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi, Nur Ekmal Buhary berkata temasya dwitahunan yang julung kali dianjurkan kementerian itu akan berlangsung di 16 venue, melibatkan IPT sekitar Lembah Klang dan Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang.

"Penganjuran SUKIPT bertujuan mencari pemain berbakat dalam jumlah yang besar untuk mewakili negara dalam kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG) di Laos, Disember depan dan Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Kazan, Rusia pada 2013.

"Penganjuran SUKIPT ini selaras dengan penubuhan Dasar Pembangunan Sukan IPT 2009. Sasaran kita adalah lebih 100 penyertaan bagi tahun ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada akhir September," katanya.

Sebanyak 20 IPT awam (IPTA), 40 IPT swasta, 27 politeknik dan 10 kolej komuniti mengesahkan penyertaan dalam kejohanan tu.

Antara IPT terbabit ialah Universiti Teknologi Mara, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, KBU International College, Kuala Lumpur Instructure University College (KLIUC) dan Kuala Lumpur Metropolitan University College. "Acara sukan yang dipertandingkan pada temasya SUKIPT ini adalah mengikut standard acara temasya sukan AUG dan sukan Universiade," katanya.

Sebanyak 15 acara akan dipertandingkan iaitu olahraga, renang, tenpin boling, badminton, bola tampar dewan, bola tampar pantai, ragbi 7 sebelah, bola jaring, tenis, memanah, taekwondo, karate-do, catur, sepak takraw dan menembak.

SUKIPT dijangka melibatkan 15,000 atlet, pegawai dan sukarelawan.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan