Heidi Azam Perbaiki Ranking Dunia, Popularkan Renang Laut Terbuka Di Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perenang negara Heidi Gan mengibarkan bendera Jalur Gemilang ketika ditemuramah oleh wartawan Malaysia di Perkampungan Sukan, pada Sukan Olimpik London, Selasa. Heidi Gan akan menyertai perlumbaan renang perairan terbuka pada khamis depan. -fotoBERNAMA
Perenang negara Heidi Gan mengibarkan bendera Jalur Gemilang ketika ditemuramah oleh wartawan Malaysia di Perkampungan Sukan, pada Sukan Olimpik London, Selasa. Heidi Gan akan menyertai perlumbaan renang perairan terbuka pada khamis depan. -fotoBERNAMA

LONDON: Perenang jarak jauh negara Heidi Gan berazam memberikan impak dalam pertandingan renang laut terbuka 10 kilometer temasya Olimpik London, yang akan berlangsung di kolam renang Hyde Park, dekat sini pada Khamis.

Beliau tidak menyasarkan sebarang pingat, menganggap dirinya perenang kurang berpengalaman dalam acara itu yang diperkenalkan pada edisi Beijing 2008 tetapi apa yang paling penting ialah memberikan impak agar sukan itu akan menjadi popular di Malaysia.

"Terdapat 25 perenang dalam acara ini dan saya di ranking ke-24. Kebanyakan mereka mengambil bahagian dalam edisi Beijing. Ini penyertaan pertama saya dalam Olimpik.

"Saya hanya mahu perbaiki ranking saya tetapi apa yang lebih penting ialah mempopularkan sukan ini di Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Heidi, 23, mengakui kebanyakan rakyat Malaysia jarang mendengar mengenai sukan renang laut terbuka sehingga dia meraih pingat emas pada Sukan SEA Indonesia 2011.

Perenang yang berpangkalan di Perth, Australia itu mencuri tumpuan selepas meraih dua pingat emas pada Sukan SEA Indonesia, dalam acara renang laut terbuka 10,000 meter dan 5,000m.

"Selepas Sukan SEA, saya kembali ke Perth dan memulakan latihan intensif dengan jurulatih Australia Matthew Magee. Beliau telah melatih saya selama tujuh tahun," katanya.

Katanya tidak sepertimana di Malaysia, terdapat banyak pertandingan renang laut terbuka di Australia.

"Saya bersedia memperkenalkan sukan ini kepada orang Malaysia," kata Heidi yang mewakili Kuala Lumpur dalam pertandingan renang gaya bebas 100m pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-10 pada 2002, di Seremban, Negeri Sembilan.

Mengenai pertandingannya Khamis ini, Heidi berkata dia telah menguji kolam renang itu beberapa kali semasa sesi latihan.

"Airnya agak sejuk tetapi segar dengan suhu antara 19-20 celcius. Keadaan itu sesuai buat diri saya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan