Pemain Sepak Takraw Jerman & N.Zealand Berlatih di Terengganu

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dua persatuan sepak takraw iaitu dari Jerman dan New Zealand masing-masing akan menghantar 20 pemain untuk menjalani latihan di negeri ini pertengahan tahun depan.

Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT), Mohd Shapian Ali berkata Terengganu menjadi pilihan kerana pembangunan sukan itu yang dilihat memberangsangkan yang sedang dialaminya.

PSTNT telah menerima surat daripada kedua-dua persatuan berhubung perkara itu melalui Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu, katanya kepada Bernama.

Mohd Shapian berkata PSTNT juga akan mengadakan kerjasama dengan Persatuan Sepak Takraw Belgium bagi membantu persatuan negara tersebut.

Beliau berkata kerjasama memfokus kepada mempromosi sukan itu di peringkat sekolah dan universiti di sana.

"Presiden persatuan negara itu Ben Lentacker telah datang berjumpa saya di sini untuk memohon kerjasama mempromosikan sukan itu di negaranya," katanya.

Beliau berkata Belgium kini memiliki lebih 10 buah persatuan dan kelab sepak takraw malah mereka turut mempunyai regu wanita. Mohd Shapian berkata Belgium mahu menjadi kuasa sepak takraw di Eropah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan