Azizulhasni Gagal Perbaiki Kedudukan

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: elumba trek sensasi negara Mohd Azizulhasni Awang gagal memperbaiki pencapaiannya apabila menamatkan saingan di tempat kelapan dalam acara pecut lelaki Sukan Olimpik 2012 di Velodrom London di sini, pada Ahad.

Pencapaian pelumba kelahiran Dungun, Terengganu berusia 24 tahun itu mengulangi kedudukan yang diraihnya ketika Sukan Olimpik Beijing empat tahun lepas.

Terdahulu hari ini, Mohd Azizulhasni yang digelar 'The Pocketrocketman', tumpas dalam dua perlumbaan kepada pelumba Britain, Jason Kenny yang juga pemegang rekod Olimpik acara itu pada saingan suku akhir . Pada sesi kelayakan semalam, Kenny mencatat rekod baharu Olimpik dengan masa 9.713 saat untuk memadamkan rekod lama 9.815s yang dicatatkan rakan senegaranya, Chris Hoy di Olimpik Beijing 2008.

Pada perlumbaan penentuan tempat kelima hingga lapan, Mohd Azizulhasni gagal menyinar apabila menduduki tempat terakhir dan kelapan dalam kalangan empat pelumba, di belakang pelumba Rusia, Denis Dmitriev, Jimmy Watkins (Amerika Syarikat) dan Robert Forstermann (Jerman).

Pengurus pasukan Datuk Naim Mohamad berkata setelah gagal di suku akhir, jurulatih John Beasley telah menasihatkan Mohd Azizulhasni supaya jangan terlalu mengerah tenaga pada perlumbaan penentuan tempat kelima hingga lapan itu.

"Kami mahu beliau (Mohd Azizulhasni) mendapat rehat yang cukup esok dan kembali bertenaga dalam acara keirin pada Selasa," katanya kepada Bernama.

Naim berkata walaupun tewas di suku akhir kepada Kenny, Mohd Azizulhasni berjaya mencatat rekod baharu kebangsaan di peringkat tersebut dengan masa 10.030s untuk memadamkan rekod lama miliknya iaitu 10.1s yang dilakukan di Olimpik Beijing. -ERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan