Michael Phelps Catat Sejarah Rangkul 18 Emas & Dianugerah Olimpiad Terhebat Sepanjang Zaman

Diterbitkan: Ahad, 5 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERENANG sensasi Amerika, Michael Phelps mencatat sejarah dalam sukan Olimpik apabila dia memenangi pingat emas yang 18 buat dirinya dan 22 pingat keseluruhan sejak menyertai sukan itu 12 tahun yang lalu.

Perenang berusia 27 tahun itu memulakan penglibatannya dalam temasya Olimpik di Sydney, Australia 12 tahun lalu apabila dia sekadar menduduki tempat kelima dalam acara 200 meter kuak kupu-kupu.

Tetapi empat tahun kemudian di Athens, Phelps mengondol enam pingat dan dua gangsa dan selepas itu diikuti dengan tambahan lapan pingat emas lagi di Beijing.

Penglibatannya di temasya London tidak bermula dengan baik dengan hanya menduduki tempat keemapt dalam acara 400m individual medley - keputusan terburuknya sejak Olimpik Sydney.

Phelps kemudiannya ditewaskan oleh Chad le Clos dari Afrika Selatan dalam acara 200m kupu-kupu.

Bagaimanapun perenang dari Baltimore itu kembali ke puncak apabila memenangi acara 100m kupu-kupu dan 200m individual medley sebelum sekali lagi memenangi emas dalam acara 4x200m gaya bebas dan satu lagi pingat perak dalam acara 4x100m gaya bebas.

Kejayaan luar biasa perenang yang sudah dianggap sebagai sudah malap itu telah mendorong Presiden Barack Obama tidak ketinggalan menghantar teks sms mengucapkan tahniah.

Malah sebaik sahaja merangkul pingat emas yang ke-18, perenang itu telah menerima anugerah sebagai "Atlet Olimpiad Terhebat Dalam Sejarah."

Mengenai masa depannya, perenang itu berkata dia telah membuat keputusan tidak akan bertanding lagi apabila mencapai usia 30 tahun dan itu bermakna tiga tahun dari sekarang tetapi masalahnya ialah, "saya sudah tidak mahu berenang untuk tiga tahun lagi."

Ini juga bermakna, Phelps tidak akan berada dalam temasya Olimpik lagi empat tahun dari sekarang.

"Saya sudah mencapai apa yang ingin saya capai dan saya perlu meneruskan kehidupan dengan melakukan perkara lain pula," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Michael Phelps , Olimpik , Sydney , Athens

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan