Skuad Bola Jaring Negara Jalani Latihan Terakhir Sebelum Ke Colombo

Diterbitkan: Sabtu, 4 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan bola jaring negara akan menjalani latihan terakhir minggu depan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Bola Jaring Asia di Colombo, Sri Lanka dari 23 hingga 31 Ogos ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) Mazidah Musa berkata latihan dari 9 hingga 17 Ogos itu bagi memastikan sasaran ke peringkat akhir kejohanan dapat dicapai.

Bulan lepas skuad negara menjalani latihan pendedahan di Perth, Australia, dan pemain menunjukkan peningkatan dari segi gaya dan prestasi selepas latihan itu, katanya.

Mazidah berkata pasukan tuan rumah dan pasukan Singapura dilihat sebagai pencabar utama skuad negara dalam kejohanan itu yang turut disertai Brunei, India, Hong Kong, Maldives, Pakistan, Jepun dan Nepal.

Pada kejohanan 2009, Malaysia yang merupakan tuan rumah sekadar meraih tempat ketiga. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan