Fatehah Gagal Lepasi Pusingan Awal

Diterbitkan: Sabtu, 4 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pelumba tunggal wanita negara Fatehah Mustafa tersingkir awal apabila gagal mendapat tiga tempat utama dalam pusingan pembukaan acara keirin di Sukan Olimpik 2012 di sini, lewat malam Jumaat.

Fatehah hanya mampu menduduki tempat kelima daripada enam pelumba dalam saingan 2 acara itu.

Tiga pelumba yang berjaya mara ke pusingan kedua daripada saringan tersebut ialah pelumba Perancis, Clara Sanchez of France, Natasha Hansen (New Zealand) dan pelumba Venezuela Daniela Grefui Larreal.

Hanya tiga pelumba terbaik daripada setiap saringan layak ke pusingan kedua.

Pengurus pasukan Datuk Naim Mohamad berkata Fatehah kelihatan tergamam bila berlumba dengan atlet-atlet yang lebih berpengalaman di temasya ini.

"Walaupun dia biasa bersaing dengan mereka di Kejohanan Dunia, namun bila tiba di saingan Olimpik, Fatehah seolah kehilangan arah," katanya.

Harapan skuad berbasikal untuk meraih pingat kini terletak sepenuhnya kepada pelumba sensasi trek Mohd Azizulhasni Awang yang akan memulakan cabaran acara pecut, Sabtu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan