Kementerian Pelajaran Rai Atlet Yang Cemerlang Di Sukan Sekolah-Sekolah Asean

Diterbitkan: Jumaat, 3 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 100 atlet yang meraih pingat pada kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Asean di Surabaya, Indonesia, pada 28 Jun hingga 6 Julai lepas, menerima sijil penghargaan daripada Kementerian Pelajaran, Khamis.

Sijil penghargaan untuk atlet yang meraih pingat emas, perak dan gangsa itu disampaikan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud pada majlis di Sekolah Sukan Bukit Jalil di sini.

"Kementerian menyediakan prasarana sukan yang secukupnya di seluruh negara kerana sukan merupakan alat perpaduan di kalangan murid.

"Saya berharap atlet sekarang khususnya pelajar sekolah dapat terus bersaing dan cemerlang di peringkat antarabangsa," kata Abd Ghafar pada majlis itu.

Pada sukan itu Malaysia meraih 29 pingat emas, 36 perak dan 35 gangsa.

Atlet balapan 800 meter lelaki, Jeeventhiran Victor, 17, berkata beliau sangat berpuas hati kerana menyumbang satu pingat emas buat negara.

"Saya amat berbangga dengan kejayaan itu dan akan terus berusaha mengharumkan nama negara pada pertandingan akan datang," katanya.

Bagi atlet pelapis badminton, Soo Teck Zhi, 16, yang meraih pingat perak, berkata latihan yang bersungguh-sungguh sebelum hari perlawanan nyata tidak sia-sia.

"Meskipun hanya dapat pingat perak, saya tetap berpuas hati dengan pencapaian di sana (Indonesia)," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan