Sukan Paralimpik: Usia Bukan Penghalang Mariappan Galas Cabaran

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet senior skuad powerlifting negara P. Mariappan ingin membuktikan usia bukan penghalang untuk beliau memberikan saingan pada Sukan Paralimpik di London yang berlangsung dari 29 Ogos hingga 9 September depan.

Atlet berusia 54 tahun itu bakal membuat penampilan ketujuh dalam acaran powerlifting pada temasya tersebut dalam kategori bawah 75 kilogram lelaki.

"Memang saya sudah berusia, tapi itu bukanlah satu penghalang untuk saya memberikan saingan terbaik di London.

"Saya tahu saingan dalam Sukan Paralimpik amat sengit, tapi saya akan cuba untuk meraih pingat sebarang warna untuk Malaysia," katanya kepada Bernama.

Mariappan mewakili negara pada temasya Olimpik di Seoul, Korea Selatan pada 1988; Barcelona, Sepanyol (1992); Atlanta, Amerika Syarikat (1996); Sydney, Australia (2000), Athens, Greece (2004) dan Beijing, China (2008).

Beliau meraih pingat gangsa pada temasya di Seoul dan Barcelona.

"Semasa di London, saya akan cuba membuat angkatan sebanyak 190 kilogram dan sekali gus memperbaiki angkatan di Beijing iaitu 180 kilogram," katanya.

Pada edisi ke-13 Sukan Paralimpik di Beijing, walaupun Mariappan gagal meraih sebarang pingat, tetapi beliau mencatat rekod baru Sukan Para Asean dengan angkatan 180 kilogram.

Selain Mariappan, turut beraksi dalam acara powerlifting di Sukan Paralimpik London ialah Siow Lee Chan (bawah 56 kilogram wanita) dan Sharifah Raudzah Syed Akil (bawah 82.5 kilogram wanita).-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan