Skuad Sepak Takraw Terengganu Sambung Kontrak Vitaya

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Skuad Sepak Takraw Terengganu terus mendapat sentuhan Vitaya Boonta apabila kontrak jurulatih dari Thailand itu disambung buat kali kedua semalam sehingga 2014.

Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu Mohd Shapian Ali berkata langkah tersebut diambil selepas mendapati jurulatih yang berasal dari Bangkok itu berjaya membawa perubahan kepada pemain anak tempatan sejak kehadirannya dua tahun lepas.

"Kita menyambung kontrak Vitaya kerana berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan beliau," katanya.

Vitaya, 48, mula berkhidmat di Terengganu pada Januari 2010 ketika negeri itu membuat persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka sehingga berjaya menamatkan kemarau pingat emas dalam acara sukan tersebut.

Malah pada Sukma Pahang baru-baru ini, Terengganu merangkul dua pingat emas menerusi acara berpasukan lelaki dan beregu wanita.

"Tahun ini juga, Terengganu di bawah kendalian beliau telah mencipta beberapa kejayaan seperti memenangi Piala Emas Khir Johari, Piala Presiden, Piala Belia Kebangsaan dan Piala Super Series.

"Kita harap Terengganu terus mencatat kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shapian berkata Terengganu akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Malaysia tahun depan.

Naib presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia itu berkata Terengganu belum pernah menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.

Beliau juga berkata langkah itu bertujuan melihat sukan tersebut terus berkembang serta mendapat perhatian anak muda di Terengganu.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan