ISN Beri Perhatian Alasan Naif Atlet Apabila Tewas

Diterbitkan: Rabu, 1 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Institut Sukan Negara (ISN) akan mengkaji semua maklum balas daripada atlet Malaysia yang beraksi di temasya Olimpik di sini mengenai masalah kekurangan ketahanan mental.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz mengakui alasan yang diberikan oleh atlet apabila tewas dalam acara masing-masing seperti gugup dan darah gemuruh merupakan sindrom kurangnya ketahanan mental.

"Sebagai atlet profesional yang bertanding di peringkat sukan tertinggi dunia, alasan tersebut merupakan alasan yang naif.

"Walaupun mungkin pertama kali di Olimpik tetapi sebelum ke sini (London) mereka banyak menyertai kejohanan antarabangsa di luar negara dan bertemu lawan yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai alasan yang sering diberikan oleh atlet Malaysia yang sebelum ini tewas dalam acara masing-masing, dengan alasan gugup dengan sorakan penonton, gemuruh dan kurang ketahanan mental terutama bila bersaing dengan lawan yang lebih tinggi ranking daripada mereka.

Dr Ramlan berkata alasan seperti gugup dan gemuruh dengan gangguan persekitaran juga sebenarnya tidak boleh diterima kerana ISN dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) banyak kali mengadakan ujian simulasi dengan atlet-atlet negara sebelum mereka ke temasya terbesar dunia ini.

"Kakitangan ISN dan MSN menjalankan ujian simulasi di Bukit Jalil dengan pelbagai jenis gangguan ketika atlet beraksi bagi memberi gambaran apa yang bakal mereka hadapi di sini," katanya.

Beliau berkata segala alasan yang diberikan oleh atlet di temasya ini terutamanya yang melibatkan kepakaran sukan ISN akan diberi perhatian dan diatasi untuk kebaikan pada kejohanan akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan