Haziq Terlepas Ke Pusingan Kedua Dengan Hanya Satu Mata

Diterbitkan: Selasa, 31 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Prestasi merudum terus menghantui pemanah negara Haziq Kamaruddin apabila terkandas hanya dengan satu mata kepada Gankin Denis pada pusingan pertama acara penyingkiran individu lelaki pada Sukan Olimpik 2012 di sini Isnin.

Pada saingan di Padang Kriket Lord di sini, Haziq mengumpul 134 mata berbanding lawannya dari Kazakhstan dalam lima percubaan.

Haziq melakukan catatan 29, 27, 27, 27 dan 25 manakala Gankin pula membidik mata 27, 28, 28, 25 dan 26.

Saya benar-benar kecewa kerana ketinggalan satu mata. Sekiranya saya lebih tenang, saya sepatutnya mengalahkan beliau untuk melangkah ke pusingan kedua," kata Haziq kepada pemberita selepas acara itu.

Pemanah berusia 19 tahun dari Skudai, Johor, berkata beliau masih memerlukan pendedahan di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki persembahannya.

Bagaimanapun, presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia, Tan Sri Abdul Khalil Abd Mutalib berkata negara mempunyai lebih banyak peluang dalam acara individu menerusi Cheng Chu Sian dan Khairul Anuar Mohamad.

"Kedua-dua pemanah itu lebih tenang berbanding Haziq dengan Chu Sian mempunyai pengalaman kerana beraksi pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing manakala Khairul Anuar memenangi pingat gangsa pada pertandingan ujian Olimpik di sini," katanya.

Chu Sian dan pemanah wanita negara Nurul Syafiqah Hashim akan memulakan cabaran dalam acara individu esok.

Sebelum ini, trio negara - Chu Sian, Khairul Annuar dan Haziq terkandas pada pusingan pertama acara berpasukan Recurve apabila kalah kepada trio Mexico. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan