Sukan Olimpik: Nur Suryani Gagal Lepasi Pusingan Awal

Diterbitkan: Isnin, 30 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nur Suryani tewas pada aksi pusingan penyingkiran dalam acara 10m Air Rifle Wanita.
Nur Suryani tewas pada aksi pusingan penyingkiran dalam acara 10m Air Rifle Wanita.

LONDON: "Mungkin belum ada rezeki lagi. Baby okay cuma ketika hendak mula menembak tadi, baby ada menendang sedikit," kata penembak negara Nur Suryani Mohd Taibi mengenai kegagalannya melepasi pusingan penyingkiran dalam acara 10m Air Rifle Wanita.

Nur Suryani, yang kini mengandung lapan bulan, mengutip 392 mata untuk menduduki tangga ke-34 daripada 56 peserta yang layak menyertai acara ini di lapang sasar Royal Artillery Barracks, di sini, Sabtu.

Bagaimanapun dia berpuashati dengan kutipan mata tersebut kerana hanya mensasarkan 390 mata pada saingan itu. "Catatan peribadi terbaik saya ialah 397. Memandangkan keadaan saya sekarang, saya hanya sasarkan 390 mata. Tidak sangka dapat tembak 392," katanya.

Walaupun gagal melepasi pusingan pembukaan, Nur Suryani tetap menjadi tumpuan media yang membuat liputan temasya sukan terbesar dunia itu.

Nur Suryani akan kembali ke Malaysia pada Rabu depan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan