MTA Mula Langkah Pertama Dengan Anjur HEFa

Diterbitkan: Isnin, 30 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas secara rasmi menerima kuasa sebagai badan induk untuk mengendali sukan taekwando negara ini, Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) telah mengambil langkah pertama untuk kembali mewarnai kegemilangan acara sukan ini.

Program pertama yang dinamakan Taekwando Towards A Healthier Family (HEFa) merupakan satu agenda penting untuk memastikan setiap atlet mampu menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Apa yang menarik mengenai program ini, ia bukan sahaja tertumpu kepada golongan atlet sahaja atau ahli-ahli MTA, tetapi kaum keluarga mereka juga turut menerima manfaat ini.

Seminar yang diadakan secara percuma ini diharap dapat memberi kesedaran kepada semua, lebih-lebih lagi kepada ibu bapa.

"Dua tahun kami menyepi kerana pelbagai perkara timbul dan saya gembira MTA kini kembali bernafas. Kami memerlukan perancangan pemanas badan sebelum melaksanakan pelbagai program sukan taekwando negara selepas ini.

"Kami mengambil langkah pertama dengan mengadakan program seminar yang bukan sahaja tertumpu kepada atlet taekwando itu sendiri, tetapi kepada ahli keluarga, masyarakat dan pelajar-pelajar sekolah," jelas Presiden MTA, Raja Taharudin Raja Nong Chik.

Menurut Raja Taharudin, sejak dikembalikan hak untuk menguruskan sukan taekwando negara, pihaknya juga turut membuat perubahan bagi memberi semangat baru dengan melancarkan slogan baru MTA iaitu 'Satu Visi, Satu Destinasi', Satu Taekwando.

"Perubahan atau program-program yang kami aturkan ini membuktikan sukan taekwando ini penting dan mempunyai potensi untuk terus maju.

"Setiap program yang diaturkan ini selaras dengan hasrat MTA untuk membangunkan acara ini tanpa sebarang pilih kasih," katanya.

Pulau Pinang dipilih sebagai negeri pertama untuk menganjurkan program HEFa bermula Ogos ini.

HEFa adalah satu program seminar yang berkaitan dengan gaya hidup sihat yang bukan sahaja tertumpu kepada aktiviti sukan, tetapi faktor pemakanan dan sebagai yang ketuai oleh Master Tong Ng.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan