Sukan Olimpik: Nur Suryani Gagal Peroleh Pingat - Sukan Ekstra | mStar

Sukan Olimpik: Nur Suryani Gagal Peroleh Pingat

Diterbitkan: Ahad, 29 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: "Mungkin belum ada rezeki lagi. Baby okay cuma ketika hendak mula menembak tadi, baby ada menendang sedikit," kata penembak negara Nur Suryani Mohd Taibi mengenai kegagalannya melepasi pusingan penyingkiran dalam acara 10m Air Rifle Wanita.

Nur Suryani, yang kini mengandung lapan bulan, mengutip 392 mata untuk menduduki tangga ke-34 daripada 56 peserta yang layak menyertai acara ini di lapang sasar Royal Artillery Barracks, di sini, Sabtu.

Beliau bagaimanapun berpuashati dengan kutipan mata tersebut kerana hanya mensasarkan 390 mata pada saingan itu. "Catatan peribadi terbaik saya ialah 397. Memandangkan keadaan saya sekarang, saya hanya sasarkan 390 mata. Tidak sangka dapat tembak 392," katanya.

Walaupun gagal melepasi pusingan pembukaan, Nur Suryani tetap menjadi tumpuan media yang membuat liputan temasya sukan terbesar dunia itu.

Beliau akan kembali ke Malaysia pada Rabu depan. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan