Sukan Olimpik: Mexico Singkir Trio Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 29 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Masalah gementar dan gugup terus menghantui trio pemanah negara apabila tersingkir dengan ketinggalan lima mata, 211-216 kepada Mexico dalam pusingan penyingkiran acara Recurve berpasukan lelaki di Sukan Olimpik 2012 di sini, Sabtu.

Pada pertandingan Padang Kriket Lord, segalanya seperti tidak menjadi kepada Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad dan Haziq Kamaruddin yang tampak terjejas dengan sorakan penonton.

Hanya pada pusingan akhir, pemanah Malaysia mula menunjukkan keyakinan dengan melakukan tiga panahan yang mendapat mata penuh 10. Ketua pemanah negara Cheng mengakui mata yang diperolehi merupakan kutipan peribadi terburuknya sepanjang tahun ini. "Segalanya tidak menjadi. Kami gugup bila penonton mula bersorak kuat. Konsentrasi hilang menyebabkan panahan kami tidak menepati sasaran," katanya kepada pemberita.

Sementara Khairul yang menyumbangkan mata terbanyak kepada trio Malaysia, biarpun kemudian hanya mampu meletakan negara di kedudukan ke-10 dalam acara penentuan ranking semalam, berkata mereka banyak melakukan kesilapan sendiri bila beraksi dalam suasana gementar.

"Semalam bila beraksi di sebelah pasukan Korea Selatan dalam acara penentuan ranking, kami agak gementar kerana terlalu menghormati kemampuan mereka. "Hari ini, sorakan gemuruh penonton pula menyebabkan kami goyang," katanya.

Kekalahan kepada Mexico menyaksikan trio Malaysia terkeluar terus daripada acara itu namun peluang masih ada kepada mereka untuk membuktikan kemampuan melalui acara Recurve individu, bermula esok.

Pemanah wanita tunggal negara ke Sukan Olimpik, Nurul Syafikah Hashim terlebih dahulu tersingkir awal pada lewat petang semalam selepas menduduki tangga ke-60 daripada 64 pemanah yang menyertai acara Recurve individu. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan