Malaysia Mula Kempen Sukan Olimpik Dengan Suram

Diterbitkan: Ahad, 29 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasangan bergu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying bersalaman dengan pasangan bergu campuran Taiwan, Chen Hung Ling dan Cheng Wen Hsing selepas tamat perlawanan di Arena Badminton Wenbley pada Sukan Olimpik London di sini, Sabtu. Pasangan negara tewas dengan catatan mata 21-12, 6-21 dan 21-15. -fotoBERNAMA
Pasangan bergu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying bersalaman dengan pasangan bergu campuran Taiwan, Chen Hung Ling dan Cheng Wen Hsing selepas tamat perlawanan di Arena Badminton Wenbley pada Sukan Olimpik London di sini, Sabtu. Pasangan negara tewas dengan catatan mata 21-12, 6-21 dan 21-15. -fotoBERNAMA

LONDON: Malaysia memulakan kempen Sukan Olimpik 2012 London dengan agak suram apabila dua pelumba basikal gagal menamatkan perlumbaan, pemanah trio gagal mencari sasaran manakala penembak tunggal wanita tidak mengumpul mata yang secukup untuk mara ke pusingan seterusnya.

Banyak diharapkan daripada penembak Nur Suryani Mohd Taibi dalam acara 10m Air Rifle wanita tetapi mengecewakan apabila tersingkir dengan kedudukan ke-34 daripada 54 peserta di lapang sasar Royal Artillery Barracks di sini, Sabtu.

Nur Suryani, yang memiliki catatan terbaik peribadi 397 mata, hanya mampu memperoleh 392 mata dalam acara yang dimenangi oleh penembak China, Yi Siling, dengan 502.9 mata.

"Catatan terbaik saya setakat ini adalah 397 mata. Memandangkan keadaan saya sekarang, saya hanya sasar 390 mata," kata Nur Suryani yang mengambil bahagian pada temasya sukan itu walaupun hamil lapan bulan.

Lebih mengecewakan dalam acara berbasikal lebuh raya apabila Muhamad Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa Rusli gagal menamatkan acara 250km di sekitar kota London.

Pasukan pemanah Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad dan Haziq Kamaruddin turut disingkirkan oleh trio Mexico dalam pusingan penyingkiran acara Recurve berpasukan lelaki.

Trio Malaysia, yang diharap dalam menyumbang pingat, tunduk kepada pasukan Mexico 211-216, dalam acara yang dimenangi oleh Itali yang mengatasi Amerika Syarikat pada final yang begitu sengit.

Trio Amerika Syarikat, yang mengejutkan pasukan pilihan utama Korea Selatan dalam suku akhir, tewas kepada Itali dengan hanya satu mata.

Bagaimanapun, kontinjen Malaysia menerima sedikit kelegaan di Aena Wembley apabila beregu nombor lapan dunia, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menundukkan beregu Jepun Naoki Kawamae/Shoji Sato 21-12, 21-14 pada perlawanan kumpulan.

Pemain perseorangan wanita utama negara, Tee Jing Yi, bagaimapun, kalah kepada pemain berpengalaman dari Korea Selatan, Bae Yeon-Ju 21-16, 15-21, 12-21.

Manakala beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying turut mengalami nasib malang apabila kalah kepada gandingan Taiwan Chen Hung Ling/Cheng Wen Hsing 12-21, 21-6, 15-21.

Walaupun begitu, Tee, Chan/Goh masih mempunyai peluang melangkah ke pusingan seterusnya berikutan format baharu badminton yang memperkenalkan perlawanan peringkat kumpulan.

Pada Ahad, atlet Malaysia yang akan beraksi di Arena Akuatik ialah gandingan penerjun wanita Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara 3m papan anjal seirama.

Atlet tunggal lawn pedang Yu Peang Kean perlu menampilkan persembahan terbaiknya apabila menentang atlet Mesir, Zeid Mannad dalam acara Sabre individu bagi menceriakan suasana kontinjen Malaysia di London. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan