Kenal Pasti Jurulatih Berwibawa Dalam Sukan Menembak - Ahmad Said - Sukan Ekstra | mStar

Kenal Pasti Jurulatih Berwibawa Dalam Sukan Menembak - Ahmad Said

Diterbitkan: Sabtu, 28 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu diminta mengenal pasti jurulatih yang berwibawa dari dalam atau luar negara bagi membolehkan negeri itu menguasai sukan menembak pada masa depan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri bersedia membayar gaji tinggi kepada jurulatih terlibat demi mencapai matlamat menjadikan Terengganu kuasa baru dalam sukan menembak.

"Kita tidak kira dari mana jurulatih itu sekalipun dari Rusia," katanya pada majlis penyampaian insentif kemenangan Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 Pahang 2012 di sini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat dan Pengarah MSN Terengganu Zainal Abidin Hussin.

Ahmad berkata beliau berharap persiapan dapat dilakukan MSN dalam tempoh dua tahun untuk melahirkan pakar penembak daripada kalangan anak tempatan.

Katanya sukan menembak berpotensi untuk dikembangkan memandangkan acara itu antara yang banyak menawarkan pingat dalam sukan itu.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri menghadiahkan pakej mengerjakan umrah tahun depan kepada atlet yang berjaya menyumbang pingat pada kejohanan Sukma tempoh hari.

Selain itu, atlet yang berjaya menyumbang emas pula akan dihantar bertanding di Festival Sukan Arafura Darwin, Australia tahun depan.

Terengganu muncul juara keseluruhan edisi Sukma ke-15 Pahang dengan merangkul 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan