Azizulhasni Pelumba Utama Keirin & Pecut Josiah Jadi Simpanan

Diterbitkan: Sabtu, 28 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Menjelang acara Berbasikal yang akan bermula pada 4 Ogos ini, kem Malaysia melakukan kejutan dengan memilih pelumba sensasi negara Mohd Azizulhasni Awang sebagai pelumba utama bagi kedua-dua acara keirin dan pecut.

Sementara seorang lagi pelumba yang turut berpotensi untuk menyumbang pingat dari kedua-dua acara tersebut, Josiah Ng diletakkan sebagai pelumba simpanan bagi acara trek tersebut di Sukan Olimpik London.

Pengurus pasukan berbasikal Malaysia Datuk Naim Mohamad berkata, pemilihan Mohd Azizulhasni untuk kedua-dua acara itu dipersetujui bersama jurulatih negara dari Australia, John Beasley berdasarkan beberapa kriteria dan pencapaian semasa kedua-dua pelumba tersebut.

"Bagaimanapun, keputusan memilih Mohd Azizulhasni sebagai pelumba utama kedua-dua acara itu adalah keputusan awal dan akan dimuktamadkan sebelum hari pertandingan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Acara berbasikal trek yang menjadi salah satu sandaran pingat bagi Malaysia dari kota London akan bermula pada 4 Ogos sebelum keirin pula bermula tiga hari kemudian.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sebelum ini pada Jun memutuskan pelumba trek senior, Josiah Ng akan menggalas cabaran negara dalam acara pecut di temasya terbesar dunia ini.

Mohd Azizulhasni pula sebagai pengganti dalam acara pecut dan pelumba utama acara keirin.

Naim berkata pemilihan dua pelumba itu diputuskan dalam mesyuarat exco pertama PKBM pada Jun dan dipersetujui oleh Beasley.

Ketika ditanya mengenai keputusan terbaharu ini, Naim berkata ia diambil berdasarkan penilaian dari segi saintifik, sifat-sifat dan perwatakan kedua-dua pelumba.

"Keputusan ini telah dibincangkan bersama Josiah dan dia dapat menerimanya. Nampaknya dia tidak berasa kecewa. Josiah bagaimanapun tetap pelumba simpanan yang berpotensi," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Naim berkata kecederaan yang dialami Mohd Azizulhasni akibat terjatuh di Koln, Jerman baru-baru ini adalah tidak serius dan disifatkan sebagai kemalangan kecil.

"Azizul hanya mengalami luka luaran ringan. Ia tidak melibatkan kecederaan dalaman seperti otot atau tulang yang boleh membimbangkan harapan untuk memburu pingat.

Harapan untuk buru pingat emas cerah dan kemalangan itu tidak menjejaskan peluang Malaysia," katanya.

Mengenai peluang pelumba tunggal wanita negara Fatehah Mustafa dalam acara keirin, Naim berkata pelumba itu sendiri mensasarkan untuk mara ke peringkat akhir. "Kalau Fatehah dapat melakukannnya, mungkin dapat sebutir pingat. Yang penting kami mahu tengok dia ke akhir. Siapa tahu kalau Fatehah dapat melakukan kejutan," kata Naim. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan