Sukan Olimpik: Syed Hussaini Mahu Pelajari Teknik Baru Lumba Basikal

Diterbitkan: Jumaat, 27 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jurulatih lumba basikal Terengganu, Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan berkata misi utamanya ke Sukan Olimpik London ialah mempelajari teknik baru dalam sukan berkenaan.

Selain itu, beliau berkata peluang berada di sana juga akan digunakan untuk memberi sokongan moral kepada empat anak Terengganu yang beraksi pada temasya tersebut.

Mereka ialah Mohammed Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Fatehah Mustapa dan Azizul Hasni Awang.

"Inilah peluang untuk pergi melihat bekas anak didik saya bertanding sambil memberikan sokongan kepada mereka," katanya di sini, Jumaat.

Kerajaan Terengganu telah menaja pemergian Syed Mohd Hussaini yang juga jurulatih lebuh raya negara ke London atas kejayaan cemerlang skuad lumba basikal negeri itu pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 Pahang, baru-baru ini.

Syed Muhammad Hussaini berkata peluang yang diperoleh itu akan digunakan sebaik mungkin untuk mempelajari kaedah baru pertandingan sebagai persiapan Terengganu menghadapi mini Sukma 2013 di Kuala Lumpur.

Beliau berharap pemergiannya ke London akan memberi impak besar kepada pembangunan lumba basikal khususnya di Terengganu pada masa depan.

Jurulatih berpengalaman itu berkata pada pengamatannya pelumba negara mempunyai potensi khususnya dalam acara trek menerusi Azizul Hasni, untuk memenangi pingat pada Olimpik London. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan