Sukan Olimpik: Korea Utara Berang Penganjur Tersilap Pamer Bendera

Diterbitkan: Jumaat, 27 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain dan pegawai pasukan Korea Utara berada di luar padang selepas perlawanan ditunda gara-gara tersilap bendera oleh penganjur.
Pemain dan pegawai pasukan Korea Utara berada di luar padang selepas perlawanan ditunda gara-gara tersilap bendera oleh penganjur.

BELUM pun acara Sukan Olimpik membuka tirai secara rasmi, telah berlaku satu kontroversi melibatkan pasukan bola sepak wanita Korea Utara bersama pihak penganjur pada awal pagi Khamis.

Insiden memalukan itu berlaku pada aksi pembukaan perlawanan peringkat Kumpulan G acara bola sepak wanita apabila pihak penganjur tersalah mempamerkan bendera Korea Utara dengan menayangkan bendera Korea Selatan sebelum perlawanan menentang Colombia.

Kesilapan yang berlalu di Glasgow Hampden Park itu menimbulkan keberangan skuad Korea Utara yang menyaksikan perlawanan itu terpaksa ditunda lebih kurang sejam sebelum kembali ke padang.

Bagaimana pun insiden itu tidak mengugat emosi skuad kendalian Gun Sin Ui apabila anak buahnya menang 2-0 ke atas Colombia.

Drama pra perlawanan di Scotland ini sedikit mencalarkan reputasi pihak penganjur menjelang sehari sebelum pembukaan rasmi diadakan.

"Bendera Korea Selatan terpapar di skrin besar sebelum perlawanan bermula dan sudah pasti pasukan Korea Utara terlalu kecewa dengan insiden itu.

"Kami telah memohon maaf kepada pasukan dan Korea Utara NOC (Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan).

Kesilapan ini tidak disengajakan dan kami meminta maaf.

"Langkah wajar akan diambil bagi memastikan kesilapan tidak akan berulang lagi," jelas pengurus Media Hampden Park, Andy Mitchell kepada Reuters.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada kes itu tidak disengajakan ataupun sebaliknya, jurulatih Sin Ui berkata, dia belum pasti dan akan mengajukan soalan tersebut kepada pihak penganjur.

"Kami sangat marah kerana diperkenalkan seperti pasukan Korea Selatan dan ia boleh menjejaskan kami.

"Pasukan saya tidak akan meneruskan aksi kecuali mereka menyelesaikan masalah ini dan selepas itu mereka telah menyiarkan bendera yang betul.

"Jadi kami membuat keputusan untuk meneruskan perlawanan tersebut. Jika keadaan sebaliknya, kami merasakan ia sangat mengarut jika diteruskan.

"Memenangi perlawanan ini bukanlah alasan untuk menerima kesalahan ini," katanya.

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik London (LOCOG) turut mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan menekankan insiden seperti ini tidak akan berulang.

Skuad Korea Utara akan kembali ke Hampden Park pada Sabtu ini bagi meneruskan aksi peringkat kumpulan menentang pasukan Perancis.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan