Sukan Olimpik: Hup Wei, Noraseela Ada Cara Tersendiri Ukir Nama Di London

Diterbitkan: Jumaat, 27 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noraseela Khalid
Noraseela Khalid

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yakin atlet lompat tinggi Lee Hup Wei dan pelari 400m lompat berpagar, Noraseela Khalid mampu mencipta kejutan tersendiri meskipun hanya turun sebagai peserta 'wild card' dalam temasya Sukan Olimpik, London.

Naib Presiden KOM, Datuk R. Annamalai berkata pentas berprestij itu akan membakar semangat dua atlet negara untuk melakar sesuatu dalam acara masing-masing yang akan bermula pada 3 Ogos ini.

"Kedua-dua mereka telah berlatih di Jerman selama dua bulan. Saya yakin sambutan di temasya Olimpik, London akan mendorong mereka melakar kejayaan di sana.

"Kesatuan juga berharap mereka akan mencipta rekod peribadi yang lebih baik daripada sebelum ini," katanya.

Annamalai, yang juga pengurus pasukan olahraga, berkata dua atlet itu akan berlepas ke London pada Isnin ini bersama jurulatih, Alfaroquinones Jorgeluismr.

Noraseela, yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA Indonesia, ketika ditemui berkata debaran pertama kali menyertai temasya terbesar itu sememangnya ada tetapi penyertaan atas tiket 'wild card' tidak memberi tekanan kepadanya untuk beraksi di London.

"Apabila dapat tahu persatuan memilih saya untuk menyertai Olimpik kali ini, saya nekad mahu buat yang terbaik dan yang paling penting adalah mempertingkatkan prestasi rekod semasa saya.

"Saya akui prestasi saya belum capai prestasi terbaik dan mahu menggunakan peluang di Olimpik sebaik-sebaiknya. Masa terbaik saya adalah 59.20s yang dilakukan di Jerman baru-baru ini," katanya.

Temasya Olimpik London merupakan penampilan pertama buat Noraseela dan penyertaan kali kedua Hup Wei, yang pertama kali beraksi pada edisi 2008 di Olimpik, Beijing.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan