Buru Emas Pertama Malaysia Bermula Sabtu

Diterbitkan: Jumaat, 27 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Selepas perasmian Sukan Olimpik 2012 London malam Jumaat, buruan kilauan emas pertama Malaysia bermula di kota London pada Sabtu apabila tujuh emas ditawarkan pada hari pertama temasya berprestij itu.

Bagaimanapun, atlet Malaysia akan berusaha dalam dua acara emas iaitu menembak dan berbasikal.

Penembak wanita Nuryani Mohd Taibi, yang mengandung lapan bulan, akan mengambil bahagian dalam acara 10m Air Rifle di lapang sasar Royal Military Barracks manakala Adiq Husaini Othman dan Amir Mustafa Rusli akan berentap dalam acara lebuh raya sejauh 250km di sekitar bandar raya ini.

Sejak penampilan sulung Malaysia pada Sukan Olimpik di Melbourne, Australia pada 1956, sukan menembak dan berbasikal tidak pernah menyumbang pingat melainkan dua butir perak dan dua gangsa menerusi acara badminton.

Trio pemanah negara -- Cheng Chu Sian, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad akan membuka tirai Malaysia dalam acara recurve berpasukan.

Trio negara itu menduduki tangga ke-10 daripada 12 pasukan pada pusingan ranking hari ini di Padang Kriket Lord dan akan berdepan dengan pasukan tangga ketujuh, Mexico pada pusingan penyingkiran esok.

Di Arena Wembley, pemain pilihan utama Datuk Lee Chong Wei, yang menjadi sandaran emas pertama negara, akan memulakan saingan acara badminton dengan menentang pemain Finland, Lang Ville pada perlawanan Kumpulan A.

Beregu utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heng, yang menduduki ranhking kelapan dunia, akan menentang beregu ranking ke-11 dunia dari Jepun, Naoki Kawamae/Shoji Sato.

Manakala beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying akan menentang gandingan Taiwan, Chen Hung Ling/Chen Wen Hsing.

Pemain badminton wanita sulung negara, Tee Jing Yi akan bertemu dengan pemain Korea Selatan, Yeon Ju Bae.

Tujuh butir emas pada Sabtu ditawarkan dalam acara memanah, berbasikal, lawan pedang, judo, menembak, renang dan angkat berat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan