ISN Cadang Beri Penyata Kos Perubatan Kepada Atlet Terima Rawatan - Sukan Ekstra | mStar

ISN Cadang Beri Penyata Kos Perubatan Kepada Atlet Terima Rawatan

Diterbitkan: Khamis, 26 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) bercadang mengeluarkan penyata kos perubatan kepada setiap atlet negara yang mendapatkan rawatan dan khidmat sains sukan di institut itu mulai tahun depan.

Ketua Eksekutif ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata ia diperkenalkan bagi memberi kesedaran kepada atlet untuk menghargai perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan kerajaan setiap tahun menerusi ISN.

"Atlet tidak perlu menjelaskan penyata kos perubatan yang mereka terima kerana segala kos perubatan dan khidmat sains sukan diberikan secara percuma untuk semua atlet peringkat elit mahupun di peringkat atlet pelapis.

"Kita keluarkan penyata kos rawatan kepada atlet agar mereka lebih menghargai ubat-ubatan dan makanan tambahan yang dibekalkan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata pihaknya sentiasa peka dengan keperluan atlet bagi memastikan bahawa mereka benar-benar bersedia untuk mewakili negara nanti.-BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan