Sasar Satu Podium Sebelum Perlumbaan 2012 Berakhir: Razlan

Diterbitkan: Rabu, 25 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali yakin pelumba tunggal Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin mampu menamatkan perlumbaan musim ini sekurang-kurangnya dengan satu podium.

"Saya memang berharap dia mampu menaiki podium, lebih-lebih lagi pada siri pelumbaan Kejuaraan MotoGP di Sepang Oktober ini.

"Selepas sembilan pusingan, dia telah menunjukkan prestasi yang baik biarpun masih belum berada dalam kelompok teratas.

"Kita sudah mencapai kedudukan sepuluh teratas, namun untuk bersaing dengan pelumba yang berada di kelompok ketiga amat sukar kerana perbezaan pengalaman," katanya kepada media pada majlis berbuka puasa bersama Zulfahmi, Selasa.

Razlan berkata, Zulfahmi memerlukan sedikit masa lagi untuk membuktikan kedudukan teratas berbanding dengan pelumba lain.

"Pelumba-pelumba dunia lain bermula dengan aksi yang lebih tinggi berbanding dengan Zulfahmi yang bermula dengan kapcai. Jadi saya yakin dia memerlukan masa untuk bersaing dengan pelumba yang mempunyai lebih pengalaman.

"Pun begitu kita sudah mencapai sasaran untuk berada di kelompok ke-10 apabila kini dia masih menguasai tangga keenam kedudukan keseluruhan," tambahnya.

Zulfahmi yang kini sedang bercuti selama tiga minggu sebelum aksi GP Indianapolis akan menyertai beberapa program yang diadakan SIC.

"Kami juga akan mengadakan program khas untuknya dan salah satu ialah akan mengadakan kerjasama dengan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bersama pelajar-pelajar sekolah.

"Zulfahmi akan berkongsi pengalaman sebagai pelumba dunia dengan semua pelajar sekolah terpilih. Dalam masa sama juga dia akan terus menjalani latihan di sini sebelum ke Indianapolis," kata Razlan.

Sementara itu, Zulfahmi yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri di Indianapolis menaruh harapan tinggi untuk menamatkan dalam kedudukan terbaik pada perlumbaan tersebut.

"Saya sasarkan untuk berada dalam kelompok sepuluh, manakala akan cuba untuk meraih tempat kelima atau podium di Litar Sepang Oktober ini," katanya.

Zulfahmi yang menunggang KTM menganggap tempoh cuti tiga minggu ini amat bermakna kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga.

"Selain dengan program serta latihan yang disediakan, saya dapat bersama keluarga memandangkan ini merupakan tahun keempat saya tidak beraya bersama," jelas penunggang pasukan Airasia-SIC-Ajo ini.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Indianapolis pada 17-19 Ogos ini.

KEDUDUKAN KESELURUHAN Moto3:

1.Sandro CORTESE - KTM 164 mata

2.Maverick VIÑALES - FTR Honda 155

3. Luis SALOM Kalex -KTM 104

4. Romano FENATI -FTR Honda 85

5. Alexis MASBOU -Honda 75

6. Zulfahmi KHAIRUDDIN-KTM 66

7.Alex RINS -Suter Honda 63

8. Louis ROSSI-FTR Honda 56

9. Niccolò ANTONELLI-FTR Honda 55

10. Danny KENT -KTM 53

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan