Yakeb Sumbang RM31,000 Kepada Keluarga Allahyarham Ahmad - Sukan Ekstra | mStar

Yakeb Sumbang RM31,000 Kepada Keluarga Allahyarham Ahmad

Diterbitkan: Selasa, 24 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) pada Selasa menyampaikan sumbangan insurans dan khairat kematian yayasan itu berjumlah RM31,000 kepada keluarga bekas atlet angkat berat kebangsaan, Allahyarham Ahmad Lebai Jamaluddin.

Allahyarham Ahmad, 59, meninggal dunia petang semalam akibat penyakit paru-paru berair serta komplikasi jantung dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ipoh, pada pukul 10 pagi Selasa.

Yakeb dalam kenyataan pada Selasa berkata semasa hayatnya Allahyarham adalah jurulatih angkat berat pasukan Sukan Malaysia (Sukma) Perak sejak 1999.

Semasa zamannya sebagai atlet, Allahyarham pernah mewakili negara di Sukan SEA Kuala Lumpur 1989 yang mana beliau menduduki tempat keempat dan memecahkan rekod kebangsaan dengan angkatan 115kg bagi acara clean & jerk dan 112kg bagi snatch. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan