Pasta Adakan Perlawanan Persahabatan Di Vietnam

Diterbitkan: Selasa, 24 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Akademi Sepaktakraw Terengganu (Pasta) akan mengadakan perlawanan persahabatan di Vietnam selama seminggu mulai 18 Oktober ini.

Pengerusi Pasta, Dr Mohamad Omar berkata, lawatan itu adalah sebagai penghargaan kepada Pasta yang menjadi naib juara Kejohanan Sepak Takraw bawah 16 Tahun peringkat kebangsaan baru-baru ini.

"Pasta telah mendapat undangan daripada Persatuan Sepaktakraw Vietnam untuk melawat negara itu dan bermain dengan mereka selama seminggu di sana.

"Kita akan ke sana pada tarikh berkenaan iaitu selepas pemain-pemain kita menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kerana kebanyakan pemain kita berumur 15 tahun," katanya.

Dr Mohamad berkata, Pasta yang berpusat di Sekolah Menengah Padang Midin di sini juga akan mengadakan jalinan kerjasama dengan sekolah-sekolah sukan sepak takraw di negara itu kerana mereka juga mempunyai projek sukan sepak takraw sendiri.

Katanya, dengan wujudnya hubungan dua hala itu, mereka boleh bertukar-tukar pengalaman serta maklumat bagi meningkatkan permainan masing-masing.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan