Malaysia Bakal Tuan Rumah Sukan Sea 2017

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas 16 tahun, sejak menjadi tuan rumah Sukan SEA 2001, Malaysia sekali lagi akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-29 yang akan diadakan pada 2017.

Mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SGF) di Myanmar hujung minggu lepas mengesahkan giliran Malaysia untuk menjadi tuan rumah sukan dwitahunan serantau itu pada 2017 berikutan tiada negara yang bersedia menawarkan diri sebagai tuan rumah.

Setiausaha kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi, yang menghadiri mesyuarat itu, Sukan SEA 2013 akan diadakan di Myanmar dan selepas itu Singapura pula akan menjadi tuan rumah kejohanan pada 2015.

"Sepatutnya selepas itu giliran Brunei tetapi negara berkenaan mahu menjadi tuan rumah pada 2019 bukannya Sukan SEA 2017. Oleh itu, Malaysia bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017," katanya kepada Bernama hari ini.

Kali terakhir Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Sukan SEA ialah pada 2001 apabila Malaysia muncul juara keseluruhan dengan 111 pingat emas, diikuti Thailand (103) dan Indonesia (72).

Sejak Sukan SEA yang pertama di Bangkok, Thailand pada 1959, Malaysia telah menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 1977, 1989 dan 2001.

Satu-satunya negara anggota Asean yang belum menjadi tuan rumah Sukan SEA ialah Kemboja dan negara itu telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2021.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan