Terbuka Australia: Nicol Diundi Bertemu Naib Juara 2011

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Juara bertahan Terbuka Australia yang juga pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David diundi menentang naib juara tahun lepas, Jenny Ducalf pada perlawanan kelayakan kejohanan itu Ogos ini.

Pada undian yang berlangsung hujung minggu itu, lima daripada lapan pemain pilihan diundi bermain peringkat kelayakan pada perlawanan pembukaan Terbuka Australia 2012 yang dijadual dari 13 hingga 19 Ogos ini di Canberra.

Pemain pilihan ketiga Laura Massaro dari England, bekas juara dan pilihan kelima Annie Au dari Hong kong serta pemain Perancis yang juga pilihan keenam Camille Serme turut diundi menghadapi peringkat kelayakan.

Pemain tuan rumah Rachael Grinham yang juga pilihan ketujuh kejohanan pula akan menentang pemain Afrika Selatan Siyoli Waters.

Juara 2010 Madeline Perry yang juga pilihan keempat akan bertemu seorang lagi wakil Malaysia Siti Munirah Jusoh. Turut bermain pada peringkat kelayakan ialah juara 2009 Joelle King dari New Zealand.

Pemain kelahiran Melbourne Melody Francis akan bertemu pilihan ke-10 dari Malaysia Low Wee Wern, sementara pemain 'wildcard' dari Canberra Christine Nunn berdepan pemain nombor satu India Dipika Pallikal. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan