Sukma Ke-15 Pamer Peningkatan Prestasi Atlet Pelapis

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang melabuhkan tirai malam tadi mempamerkan peningkatan prestasi atlet apabila tiga rekod kebangsaan dan 33 rekod kejohanan berjaya dicatat atlet pelapis.

Menyifatkan pencapaian itu sebagai kejayaan pelbagai program yang diatur di negeri dan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri, Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples berkata badan tersebut berpuas hati dengan prestasi 1,701 atlet di bawah program pelapis yang bertanding.

"Dapat dilihat peningkatan dalam kutipan pingat oleh atlet pelapis kepada negeri masing-masing apabila sebanyak 105 pingat emas, 107 perak dan gangsa berbanding 87 pingat emas, 129 perak dan 153 gangsa pada Sukma Melaka 2010 sebelum ini," katanya.

Beliau berkata walaupun hanya 33 rekod kejohanan dicatat kali ini berbanding 67 pada Sukma Melaka 2010, jumlah itu tetap memberangsangkan kerana beberapa faktor termasuk penurunan had umur penyertaan daripada 23 kepada 21 tahun sejak 2011.

"Faktor kedua ialah kerana ramai daripada atlet yang layak ke Olimpik London tidak dapat membantu negeri masing-masing di Sukma kerana mereka perlu memberi keutamaan kepada Olimpik London," katanya.

Menyentuh rekod kebangsaan, Zolkples berkata MSN gembira kerana dua dicatat atlet elit sukan angkat berat menerusi Abdul Mubin Rahim bagi kategori 77kg acara clean and jerk, dan Freancy Titus bagi kategori 58kg dalam acara snatch dengan angkatan 81kg.

"Satu lagi rekod kebangsaan diperbaharui oleh James Lan Barr dari acara 200m rampaian lelaki dengan catatan masa 2:05.82s," katanya.

Beliau juga kagum dengan pencapaian atlet muda seperti Nur Amalia Haneeshah Mazlan, 12, dari pasukan memanah Terengganu kerana berjaya menundukkan atlet pelapis kebangsaan dan negeri yang jauh lebih berpengalaman untuk mengungguli acara 70m recurve wanita.

Mengulas penganjuran kali ini, Zolkples berkata MSN menganggap edisi ke-15 adalah antara yang terbaik sejak Sukma diperkenalkan pada 1986 di Kuala Lumpur.

Pahang selaku tuan rumah edisi kali ini turut memperkenalkan sistem 'jabatan angkat' bagi setiap kontinjen, yang banyak membantu melicinkan perjalanan atlet dan harus dicontohi negeri lain yang bakal menjadi tuan rumah.

Terengganu mempertahankan gelaran juara keseluruhan untuk kali keempat berturut-turut sejak edisi 2008 di tempat sendiri, Melaka (2010) dan Kuala Lumpur (2011), selepas mengumpul 62 pingat emas, 24 perak dan 30 gangsa.

Sebanyak 4,964 atlet mewakili 15 kontinjen termasuk dari Brunei mengambil bahagian dalam 24 acara sukan yang dipertandingkan di 11 venue sekitar Kuantan, Temerloh dan Pekan.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan