Sukma 2012: Pembangunan Jangka Panjang Rahsia Kejayaan Terengganu

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keriangan terserlah pada wajah kontinjen Terengganu apabila dinobatkan juara Sukma ke-15  2012.
Keriangan terserlah pada wajah kontinjen Terengganu apabila dinobatkan juara Sukma ke-15 2012.

KUANTAN: Pembangunan jangka panjang dan perancangan yang teliti menjadi rahsia kejayaan Terengganu dalam Sukan Malaysia (Sukma) sehingga empat kali berturut-turut muncul juara keseluruhan temasya itu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata atlet negeri itu yang bertanding di Sukma bermula pada usia muda dan dijanjikan peluang beraksi di peringkat antarabangsa sekiranya menunjukkan potensi.

"Syukur kerana Terengganu berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali keempat walaupun pada awalnya sedikit terkilan kerana acara kanu tidak dipertandingkan dan ada atlet kita yang tidak dapat bertanding kerana layak ke Olimpik," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Sukma ke-15 di sini, Isnin malam.

Beliau turut bangga dengan kontinjen Terengganu kerana berjaya merangkul 62 pingat emas iaitu melepasi sasaran 47 emas sebelum ini.

"Ini adalah hasil usaha kerajaan Terengganu mendapat khidmat jurulatih berkebolehan dari luar negara seperti sepak takraw yang mana kita mendapatkan khidmat jurulatih dari Thailand," katanya.

Ahmad juga menepis dakwaan Terengganu memperoleh dana istimewa daripada Majlis Sukan Negara (MSN) ekoran Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berasal dari negeri itu.

Katanya Terengganu yang sinonim dengan sukan berbasikal selain menguasai acara olahraga, selepas ini akan menumpukan kepada sukan-sukan seperti akuatik dan gimnastik.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan