Sukma 2012: Badang Terengganu Dan Sabah Dinobat Atlet Terbaik

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Olahraga dan olahragawati Sukma ke-15, Abdul Mubin Rahim dan Frenceay Titus (kiri) berbangga dengan piala masing-masing.
Olahraga dan olahragawati Sukma ke-15, Abdul Mubin Rahim dan Frenceay Titus (kiri) berbangga dengan piala masing-masing.

KUANTAN: Dua atlet angkat berat, Abdul Mubin Rahim dari Terengganu dan Frenceay Titus dari Sabah masing-masing dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 Pahang.

Abdul Mubin, 21, pemenang pingat emas bagi kategori berat badan 77kg dipilih sebagai olahragawan apabila mencipta rekod baharu kebangsaan dengan angkatan 171kg dalam acara clean & jerk, memadamkan rekod lama 170kg bekas atlet negara Mohd Hidayat Hamidon pada Kejohanan Kebangsaan di Pulau Pinang pada 2003.

Abdul Mubin berkata beliau rasa terharu dan gembira apabila diberi penghargaan sebagai Olahragawan Sukma Pahang dan ia menjadi pembakar semangat untuk terus maju dalam sukan angkat berat.

"Saya tidak sangka dipilih sebagai olahragawan kerana atlet menembak mengutip lebih banyak pingat daripada atlet angkat berat...namun ia bukan satu perkara yang mudah," katanya.

Abdul Mubin yang juga atlet kebangsaan berkata beliau berharap kejayaannya memecah rekod kebangsaan menjadi inspirasi kepada atlet muda yang baru berjinak dalam sukan angkat berat.

Sementara itu, Frenceay yang meraih pingat emas bagi kategori berat badan 58kg, berjaya meleburkan rekod kebangsaan bagi acara snatch serta memperbaharui rekod kejohanan dalam acara clean & jerk.

Gadis keturunan etnik Dusun itu melakukan angkatan bebanan 81kg bagi acara snatch, memadamkan rekod lama 80kg manakala memperbaharui rekod kejohanan bagi acara clean & jerk dengan angkatan 95kg.

Atlet kelahiran Kundasang itu berkata beliau rasa bangga dipilih sebagai Olahragawati Sukma kerana sebelum ini belum ada atlet angkat berat wanita yang mewakili Sabah mendapat penghargaan tersebut.

"Saya rasa gembira kerana usaha selama ini berbaloi apabila bukan hanya berjaya meraih pingat emas tetapi mendapat gelaran Olahragawati Sukma.

"Diharap dengan kejayaan ini memberi suntikan semangat kepada saya untuk lebih bersungguh-sungguh apabila beraksi pada kejohanan yang lebih besar seperti Sukan SEA Myanmar tahun depan," katanya.

Frenceay, 21, berkata tiga kunci kepada kejayaanya ialah mengikuti latihan dengan bersungguh-sungguh, mematuhi arahan yang diberikan jurulatih dan perlu ada semangat tidak mengenal erti putus asa.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan