TSG Fokus Hadapi Tour De East Java Selepas Aidilfitri

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan profesional Terengganu, Terengganu Cycling Team (TSG) kini fokus menghadapi kejohanan berbasikal Tour de East Java, Indonesia yang akan berlangsung selepas Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hadi Hassan berkata pihaknya memberi tumpuan terhadap kejohanan tersebut kerana ia merupakan antara kejohanan terunggul di peringkat Asia.

"Pelumba kita sedang membuat persediaan rapi bagi menghadapi kejohanan tersebut termasuk mengadakan latihan semasa bulan puasa," katanya.

Beliau berkata TSG berkemungkinan menyenaraikan enam pelumba membawa cabaran Terengganu di kejohanan tersebut yang mana pemilihan pelumba akan dibuat tidak lama lagi.

Hadi berkata pada masa yang sama, TSG akan membuat persediaan menghadapi Jelajah China dan Jelajah Brunei yang dijangka berlangsung September ini.

Katanya pada setiap kejohanan, TSG akan menghantar enam pelumba berlainan mengikut laluan perlumbaan.

Beliau berkata bulan Ramadan bukan penghalang kepada pelumba menjalani latihan bagi mengekalkan prestasi mereka menghadapi kejohanan-kejohanan tersebut.

"Kita tetap berkayuh cuma sedikit terbatas...mereka juga akan berlatih selepas solat Tarawih," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata TSG bercadang mengambil beberapa pelumba remaja yang beraksi di Sukan Malaysia (Sukma) Pahang untuk diserap sebagai pelumba pelapis pasukan itu pada masa depan.

Hadi berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa pelumba yang mempamerkan aksi terbaik pada temasya itu dan akan mengumumkannya tidak lamam lagi. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan