Yakeb Cadang Kerajaan Beri Elaun Khas Kepada Ahlinya

Diterbitkan: Ahad, 15 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya mempertimbangkan pemberian elaun khas kepada anggotanya, kata pengerusinya Datuk Jamil Salleh.

"Yakeb akan membuat satu bajet khusus seterusnya memohon kepada kerajaan agar mempertimbangkan pemberian elaun khas itu kepada ahli Yakeb yang terdiri daripada bekas atlet kebangsaan.

"Cadangan elaun khas seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) itu adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada negara," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Jamil bagaimanapun, berkata cadangan itu belum diputuskan dan masih di peringkat perbincangan namun menjelaskan hampir 1,600 anggota yang berdaftar bakal menikmati pemberian elaun itu sekiranya ia diluluskan.

"Kita menerima pelbagai cadangan berhubung perkara ini, kebanyakan atlet kita adalah legenda, inilah masanya kita mengiktiraf sumbangan mereka yang telah membawa nama negara.

"Selain memahat nama dalam dewan kemasyhuran dan mengurniakan darjah kebesaran, pemberian elaun juga perlu kerana ada antara mereka telah mengabdikan diri kepada sukan dan bukan semua mereka mempunyai kudrat mencari rezeki pada usia yang sudah mencecah 50, 60 tahun. Jadi kita akan pertimbangkan secara serius perkara ini," katanya.

Jamil pada Sabtu merasmikan mesyuarat agung tahunan 2010 dan 2011 Yakeb di Seri Kembangan dekat sini.

Mesyuarat berkenaan dihadiri lebih 350 bekas atlet negara, antaranya Tan Sri Abdul Ghani Minhat, Datuk M. Rajamani, Jalani Sidek, Rosman Alwi dan Datuk Marina Chin.

Pada majlis sama, Yakeb turut menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada keluarga dua anggotanya yang meninggal dunia baru-baru ini, iaitu Allahyarham Haron Ismail dan Datuk Khalid Din.

Allahyarham Haron adalah bekas peninju negara yang meraih pingat perak di Sukan SEA 1989 dan di bawah skim insurans hayat berkelompok Yakeb, sumbangan berjumlah RM31,000 diberikan kepada isterinya, Zaharah Abdul Razak.

Sementara keluarga Allahyarham Khalid, anggota skuad sepak takraw kebangsaan yang meraih emas Sukan SEA 1973 dan 1975, menerima sumbangan insurans berjumlah RM11,000.

Mesyuarat agung berkenaan juga meraikan Abdul Ghani, legenda bola sepak negara, atas pengurniaan gelaran Tan Sri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan