Sukma 2012: Iskandar Pecah Rekod Lompat Bergalah - Sukan Ekstra | mStar

Sukma 2012: Iskandar Pecah Rekod Lompat Bergalah

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Atlet Johor, Iskandar Alwi melakar kejayaan hebat apabila memecahkan rekod acara lompat bergalah lelaki Sukan Malaysia (Sukma), sekaligus meraih pingat emas di Stadium Darul Makmur di sini, Jumaat.

Iskandar, 18, melakukan lompatan setinggi 4.80 meter untuk memadamkan rekod lama 4.71m yang sebelum ini dilakukan bekas atlet negara, Wong Teck Ho pada Sukma Kedah 2006.

Pingat perak milik Mohd Fahme Zam Zam dari Wilayah Persekutuan dengan lompatan 4.50m manakala gangsa diraih seorang lagi atlet Johor, Muhammad Iqbal Hakim (4.30m) Iskandar berkata rekod tersebut merupakan lompatan terbaik peribadinya, mengatasi rekod sebelum ini iaitu 4.73m yang diciptanya pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pada Mei lepas di Kangar, Perlis. "Sukar untuk digambarkan betapa gembiranya saya kerana dapat menyumbangkan pingat emas buat Johor pada Sukan Malaysia. "Sasaran saya sebelum ini memang untuk memperbaharui rekod temasya dan berkat kerja keras semasa latihan membolehkan saya melakukannya," kata beliau. Pada masa ini, rekod kebangsaan lompat bergalah lelaki masih milik bekas atlet kebangsaan, Teh Weng Chang dengan ketinggian 5m yang dilakukan pada 2002. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan