Pungutan Pingat : Terengganu Pintas Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kedudukan Selangor selaku pendahulu dari segi pungutan pingat Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 akhirnya dipintas Terengganu pada hari ke-13 temasya itu, di sini, Jumaat.

Terengganu yang merupakan juara Sukma Melaka 2008, secara keseluruhan mengutip 44 pingat emas, 17 perak dan 22 gangsa.

Pada saingan hari ini, Terengganu mendominasi pungutan pingat yang mana tiga

daripada lima emas yang dimenangi ialah dalam acara memanah menerusi Rosshaida Hayati Mohd (compound 300m wanita), Syafiq Izzuddin Sulaiman (recurve 500m lelaki) dan Nurul Iryani Muda (compound 50m wanita). Dua lagi emas kontinjen Terengganu diraih Noor Quraataina Mamat (BMX wanita) dan Muhd Ajmal Aiman Mat Hassan (110m lari berpagar lelaki).

Selangor turun ke tangga kedua dengan 43 emas, 46 perak dan 44 gangsa manakala tuan rumah, Pahang menduduki tempat ketiga dengan 33 emas, 29 perak dan 22 gangsa. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan