Nambikkai Tetap Teruskan Jelajah Selangor Walaupun Diugut

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nambikkai Bersatu Malaysia tetap akan meneruskan program jelajah Selangor bagi memberi penerangan kepada masyarakat India tentang pelbagai program transformasi yang dibuat oleh kerajaan pusat walaupun ada pihak yang cuba menggagalkan program itu. Presidennya B. Kalaivanar berkata sungguhpun terdapat cubaan pihak tertentu menggagalkan dua program sebelum ini di Kapar dan Teluk Panglima Garang dengan menimbulkan kekacauan, namun ini tidak sedikitpun mematahkan semangat mereka untuk meneruskan perjuangan. Katanya insiden pertama berlaku di Kapar pada 23 Jun lepas apabila sekumpulan lelaki yang berkereta dengan lajunya menceroboh ke dalam kawasan khemah mereka. "Sebaik sahaja turun dari kereta, kumpulan itu membuat ugutan membunuh dan memberi amaran supaya saya berhenti daripada mengadakan sebarang program di Selangor. "Sebilangan yang menghadiri majlis itu serta anggota polis yang bertugas kemudian meleraikan kumpulan yang membuat kacau itu bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita di sini. Kalaivanar berkata dalam program kedua di Teluk Panglima Garang pada 7 Julai lepas, sekumpulan lelaki telah datang dan membuat provokasi dengan harapan akan timbul kekacauan dan seterusnya menggagalkan program itu.

"Bagaimanapun cubaan mereka tidak berhasil apabila mereka sendiri telah diusir oleh peserta program itu sebelum laporan polis dibuat mengenainya. "Walaupun laporan polis telah dibuat dan lelaki berkenaan telah ditangkap, namun kami ingin memberi ingatan kepada pihak berkenaan bahawa kami tidak gentar dengan mana-mana pihak yang cuba membuat kacau dan cuba menggagalkan program jelajah Selangor kami," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan