Sukma 2012: Sarawak Muncul Juara Keseluruhan Acara Wushu

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sarawak muncul juara keseluruhan acara wushu pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 apabila Andy Chan Song menyumbangkan emas terakhir kepada kontinjen negeri itu pada Jumaat.

Andy Chan mempamerkan aksi kemas dalam kategori Nangun lelaki untuk mengutip 9.60 mata pada acara yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang, Gambang dekat sini.

Selangor menerusi Low Wei Yoong memenangi pingat perak dengan 9.56 mata manakala Loh Chun Wai dari Negeri Sembilan meraih gangsa dengan pungutan 9.47 mata.

Andy Chan, 19, turut menyumbang satu pingat emas menerusi kategori Nandoa, semalam. "Memang sangat gembira dapat sumbang pingat emas buat Sarawak, memang agak tertekan semasa acara tadi sebab kedudukan pingat emas antara pasukan Sarawak dan Negeri Sembilan sama. "Tetapi jurulatih dan rakan sepasukan banyak memberi kata-kata semangat sebelum saya masuk ke gelanggang. Akhirnya saya dapat juga pingat emas hari ini...memang puas hati," katanya.

Selepas berakhir acara wushu hari ini, Sarawak muncul juara keseluruhan acara itu setelah mengutip tujuh pingat emas, tujuh perak dan tiga gangsa.

Negeri Sembilan di tangga kedua dengan enam emas, enam perak dan lima gangsa manakala Pulau Pinang di tempat ketiga dengan tiga emas, dua perak dan tiga gangsa. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan