Sukma 2012: Skuad Olahraga Kelantan Capai Sasaran Lima Emas

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Skuad olahraga Kelantan berjaya mencapai sasaran lima pingat emas apabila menambah empat pingat emas pada hari ketiga acara itu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Stadium Darul Makmur di sini, Khamis.

Nik Norzilawatie Nik Wil menyumbang dua butir emas menerusi acara 3,000m lari berhalangan wanita dengan catatan 12:08.15s dan acara 800m wanita dengan masa 2:19.91s.

Baki dua lagi pingat emas Kelantan diperoleh menerusi Mohamed Baihaqi Razlan pada acara 400m lari berpagar lelaki dengan catatan 53.00s dan Nik Hafiz Nik Mohamad pada acara 800m lelaki (1:54.60s).

Semalam, pingat emas pertama Kelantan disumbangkan oleh Muhammad Khairil Harith Harun menerusi acara 10,000m dengan catatan 48:14.86s.

Pengurus Kelantan, Mohmood Deraman berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian semua anak didiknya hari ini dan berharap dua atau pingat lagi mampu diraih pada hari penutup bagi acara olahraga esok. "Semua ini adalah hasil usaha secara bersungguh-sungguh semua atlet olahraga Kelantan yang melakukan latihan persiapan untuk Sukma sejak awal tahun lagi," katanya kepada Bernama.

Mohmood, yang juga ketua jurulatih olahraga negeri, berkata kunci kejayaan skuad Kelantan adalah kerana tahap disiplin dn semangat yang tinggi.

beliau berkata sebilangan besar atletnya terdiri daripada atlet pelapis dan atlet pelapis serantau dari Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Baharu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan